UTHM PRIHATIN

Senarai semak, templat borang-borang, surat-surat berkaitan Program Hubungan Masyarakat:

https://drive.google.com/drive/folders/1OVaYhVxZ4ErWEFZcZC_URJbZSCshxODp?usp=sharing

Salinan laporan aktiviti/program hubungan masyarakat (tahun 2021) yang telah dimasukkan ke Sistem Khidmat Masyarakat UTHM:

https://drive.google.com/drive/folders/1E6SocB_uEw3LL5GAQH1mhNC4NDkWxQW2?usp=sharing

Jawatankuasa Nilai & Kesukarelawanan FKEE, 2021

Penarafan Bintang (Sumber: Polisi Hubungan Masyarakat, ICRC)

Carta alir Penganjuran Program Hubungan Masyarakat

(Sumber: Polisi Hubungan Masyarakat, ICRC)

Senarai Semak Program Hubungan Masyarakat

Laporan Program Hubungan Masyarakat, FKEE:

25 Dis 2020 | Program Webinar Sains, Kemahiran, dan Teknologi (SaKTI) dalam Islam - Siri Sains: Slot 1 

Dalam usaha membentuk generasi muslim profesional pada masa hadapan, para akademia FKEE, UTHM dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Sri Gading telah mengambil inisiatif menganjurkan satu program webinar secara percuma berjudul Program Sains, Kemahiran, dan Teknologi (SaKTI) dalam Islam.


Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap dunia sains, kemahiran, dan teknologi dan perkaitannya dengan Islam kepada anak-anak berusia 11-17 tahun. Terdapat lima siri dalam program ini dimana Siri Sains: Slot 1 telah diadakan sepertimana butiran berikut:


Tajuk: Ada Apa Dengan Cahaya

Penceramah: Dr. Marlia Binti Morsin

Tarikh: 25.12.2020 (Jumaat)

Masa: 10-11 pagi


Pautan Youtube 1 SaKTI Siri Sains: Slot1: https://youtu.be/9cHXqzNu5-0


Pautan teaser SaKTI:

https://youtu.be/KbZRExV7iL8


Dalam Siri Sains Slot 1, anak-anak telah didedahkan dengan sifat-sifat cahaya dan pembuktian yang terkandung di dalam Al-Qurán dan hadith.


Semoga program ini dapat menyuntik semangat anak-anak untuk lebih mendalami ilmu sains, kemahiran, dan teknologi dan dapat mengaitkannya dengan kehidupan seharian dan keindahan Islam.


AJK Pengelola:

Prof. Madya Dr. Siti Zarina Binti Muji (FKEE)

Prof. Madya Dr. Alina Binti Shamsuddin (FPTP)

Prof. Madya Ts. Dr Azeanita Binti Suratkon (FKAAB)

Dr. Marlia Binti Morsin (FKEE)

Dr. Tasiransurini Binti Ab Rahman (FKEE)

Dr. Nor Hafizah Binti Ngajikin (FKEE)

Dr. Roziah Binti Aziz (FKEE)

Dr. Herdawatie Binti Abd. Kadir (FKEE)

Dr. Faridah Hanim Binti Mohd Noh (FTK)

Dr. Nor Shahida Binti Mohd Shah (FTK)

Dr. Wan Nurul Karimah Binti Wan Ahmad (FPTP)

Pn. Munirah Binti Ab Rahman (FKEE)

Pn. Nurulhuda Binti Ismail (FKEE)

Pn. Zarina Binti Tukiran (FKEE)


#FKEEUTHM

#growFKEE

#SaKTI

#adaapadengancahaya

#bersama_academia_uthm

8 Jan 2021 | Program Webinar Sains, Kemahiran, dan Teknologi (SaKTI) dalam Islam - Siri Sains: Slot 2

Covid-19 telah mengubah lanskap pendidikan negara di mana pengajaran secara dalam talian telah menjadi platform penting dalam usaha menyebarkan ilmu. Bertepatan dengan itu, para akademia FKEE, UTHM dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Sri Gading telah menggembeleng usaha menganjurkan satu program webinar secara percuma berjudul Program Sains, Kemahiran, dan Teknologi (SaKTI) dalam Islam.

Program yang kini telah memasuki slot ke 2 ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat terutamanya di kawasan Seri Gading. Diharapkan program ini mampu mencapai objektif iaitu untuk memberi pendedahan terhadap dunia sains, kemahiran, dan teknologi dan perkaitannya dengan Islam kepada anak-anak berusia 11-17 tahun. Dalam Siri Sains: Slot 2, anak-anak telah didedahkan tentang hikmah kejadian khinzir yang merupakan satu bentuk ujian kepada manusia.


Butiran bagi Siri Sains Slot 2 adalah sepertimana berikut:


Tajuk: Bab...1

Penceramah: Pn Munirah Binti Ab Rahman

Tarikh: 8.1.2020 (Jumaat)

Masa: 10-11 pagi


Pautan teaser SaKTI:

https://youtu.be/KbZRExV7iL8


AJK Pengelola:

Prof. Madya Dr. Siti Zarina Binti Mohd. Muji (FKEE)

Prof. Madya Dr. Alina Binti Shamsuddin (FPTP)

Prof. Madya Ts. Dr Azeanita Binti Suratkon (FKAAB)

Dr. Marlia Binti Morsin (FKEE)

Dr. Tasiransurini Binti Ab Rahman (FKEE)

Dr. Nor Hafizah Binti Ngajikin (FKEE)

Dr. Roziah Binti Aziz (FKEE)

Dr. Herdawatie Binti Abd. Kadir (FKEE)

Dr. Faridah Hanim Binti Mohd Noh (FTK)

Dr. Nor Shahida Binti Mohd Shah (FTK)

Dr. Wan Nurul Karimah Binti Wan Ahmad (FPTP)

Pn. Munirah Binti Ab Rahman (FKEE)

Pn. Nurulhuda Binti Ismail (FKEE)

Pn. Zarina Binti Tukiran (FKEE)


#FKEEUTHM

#growFKEE

#SaKTI

#Bab..1

#bersama_academia_uthm

22 Jan 2021 | Program Webinar Sains, Kemahiran, dan Teknologi (SaKTI) dalam Islam - Siri Sains Slot 3: Makan Apa Hari Ini?

Program SaKTI Siri Sains yang merupakan kerjasama di antara akademia FKEE, UTHM dengan Pertubuhan IKRAM Sri Gading diteruskan dengan Slot 3.

Menyedari akal yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat, justeru tajuk “Makan Apa Hari Ini?” dipilih untuk dikongsi dengan anak-anak agar mereka dapat mengetahui makanan baik dan berkhasiat untuk tubuh badan dan minda mereka.

Bertepatan dengan apa yang dianjurkan dalam Islam menerusi firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 168 yang bermaksud, “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”

Seramai 73 orang anak-anak berumur 11 hingga 17 tahun telah menyertai webinar percuma pada slot 3 ini.

Maklum balas yang diterima dari peserta adalah amat memberangsangkan di mana 80% peserta menyatakan keseronokan menyertai webinar ini.


Pada penghujung webinar, para peserta diuji dengan soalan kuiz di mana sebanyak lapan hadiah berupa ‘Fun Bowl’ yang berisi makanan sunnah disediakan untuk peserta bertuah yang dapat menjawab soalan kuiz dengan tepat dan pantas.


Semoga semua peserta mendapat manfaat dari perkongsian yang disampaikan dalam slot 3 ini.


Butiran bagi Siri Sains Slot 3 adalah sepertimana berikut:


Tajuk: Makan Apa Hari Ini?

Penceramah: Dr. Roziah Binti Aziz

Tarikh: 22.1.2021 (Jumaat)

Masa: 10-11 pagi


Pautan teaser SaKTI:

https://youtu.be/KbZRExV7iL8


Pautan rakaman:


SaKTI Siri Sains Makan Apa Hari Ini? oleh Roziah Aziz (Bahagian 1): https://youtu.be/ZNgMCowezzI


SaKTI Siri Sains Makan Apa Hari Ini? oleh Roziah Aziz (Bahagian 2): https://youtu.be/tNoUfiWx5pI


AJK Pengelola:

Prof. Madya Dr. Siti Zarina Binti Mohd. Muji (FKEE)

Prof. Madya Dr. Alina Binti Shamsuddin (FPTP)

Prof. Madya Ts. Dr Azeanita Binti Suratkon (FKAAB)

Dr. Marlia Binti Morsin (FKEE)

Dr. Tasiransurini Binti Ab Rahman (FKEE)

Dr. Nor Hafizah Binti Ngajikin (FKEE)

Dr. Roziah Binti Aziz (FKEE)

Dr. Herdawatie Binti Abd. Kadir (FKEE)

Dr. Faridah Hanim Binti Mohd Noh (FTK)

Dr. Nor Shahida Binti Mohd Shah (FTK)

Dr. Wan Nurul Karimah Binti Wan Ahmad (FPTP)

Pn. Munirah Binti Ab Rahman (FKEE)

Pn. Nurulhuda Binti Ismail (FKEE)

Pn. Zarina Binti Tukiran (FKEE)


#FKEEUTHM

#growFKEE

#SaKTI

#MakanApaHariIni

#bersama_academia_uthm

05 Feb 2021 | Program Webinar Sains, Kemahiran, dan Teknologi (SaKTI) dalam Islam - Siri Sains Slot 4: Siapa Saya?

Dalam usaha membentuk generasi muslim profesional pada masa hadapan, para akademia FKEE, UTHM dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Kawasan Sri Gading telah mengambil inisiatif menganjurkan satu program webinar secara percuma berjudul Program Sains, Kemahiran, dan Teknologi (SaKTI) dalam Islam.


Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap dunia sains, kemahiran, dan teknologi dan perkaitannya dengan Islam kepada anak-anak berusia 11-17 tahun.


Terdapat lima siri dalam program ini dimana Siri Sains: Slot 4 telah diadakan sepertimana butiran berikut:


Tajuk: Siapa Saya?

Penceramah: Pn. Nurulhuda Ismail

Tarikh: 05.02.2021 (Jumaat)

Masa: 10-11 pagi


Pautan teaser SaKTI:

https://youtu.be/KbZRExV7iL8


Slot ini mengandungi pengisian berkaitan penciptaan manusia mengikut teori sains moden dan Al-Quran. Fokus utama pengisian berkenaan penciptaan manusia ini adalah sistem respirasi mengikut sains moden dan Al-Quran. Selain itu, penceramah juga berkongsi mengenai organ dalaman manusia serta amalan hidup sihat kepada para peserta.


Seramai 59 orang peserta telah menyertai webinar ini. Pada penghujung webinar, para peserta diuji dengan soalan kuiz di mana ‘dua buah novel, karya Hilal Asyraf’ diberikan kepada lapan peserta bertuah yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan tepat dan pantas.


Semoga program ini dapat menyuntik semangat anak-anak untuk lebih mendalami ilmu sains, kemahiran, dan teknologi dan dapat mengaitkannya dengan kehidupan seharian dan keindahan Islam.


AJK Pengelola:

Prof. Madya Dr. Siti Zarina Binti Mohd. Muji (FKEE)

Prof. Madya Dr. Alina Binti Shamsuddin (FPTP)

Prof. Madya Ts. Dr Azeanita Binti Suratkon (FKAAB)

Dr. Marlia Binti Morsin (FKEE)

Dr. Tasiransurini Binti Ab Rahman (FKEE)

Dr. Nor Hafizah Binti Ngajikin (FKEE)

Dr. Roziah Binti Aziz (FKEE)

Dr. Herdawatie Binti Abd. Kadir (FKEE)

Dr. Faridah Hanim Binti Mohd Noh (FTK)

Dr. Nor Shahida Binti Mohd Shah (FTK)

Dr. Wan Nurul Karimah Binti Wan Ahmad (FPTP)

Pn. Munirah Binti Ab Rahman (FKEE)

Pn. Nurulhuda Binti Ismail (FKEE)

Pn. Zarina Binti Tukiran (FKEE)


#FKEEUTHM

#growFKEE

#SaKTI

#SiapaSaya

#bersama_academia_uthm

19 Feb 2021 | Program Webinar Sains, Kemahiran, dan Teknologi (SaKTI) dalam Islam - Siri Sains Slot 5: Sang Lebah

Program webinar Sains, Kemahiran, dan Teknologi dalam Islam (SaKTI), Siri Sains, anjuran para akademia FKEE (turut sama dari FTK, FPTP, dan, FKAAB), UTHM telah melabuhkan tirainya dengan slot terakhir (slot ke-5), seperti butiran berikut:


Tajuk: Sang Lebah

Penceramah: Prof. Madya Dr. Alina Binti Shamsudin (FPTP)

Tarikh: 19.02.2021 (Jumaat, 10-11 pagi)


Slot 5 mengandungi pengisian berkaitan dengan lebah yang merupakan salah satu serangga yang disebut dalam Al-Quran. Turut disentuh, keunikan lebah dan pengajaran yang boleh diperolehi daripada cara hidup lebah serta manfaat madu yang dihasilkan oleh lebah.


Program yang telah mendapat tajaan daripada Pertubuhan IKRAM kawasan Sri Gading dan IEEE Oceanic Engineering Society ini bertujuan memberi pendedahan terhadap dunia sains, kemahiran, dan teknologi dan perkaitannya dengan Islam kepada anak-anak berusia 11-17 tahun.


Seramai 46 orang anak-anak telah menyertai webinar ini. Pada penghujung webinar, para peserta diuji dengan soalan kuiz. Pihak IKRAM telah memberi tajaan untuk membeli hadiah berupa sebotol madu lebah kepada enam peserta yang menjawab soalan kuiz dengan tepat dan pantas. Pihak IEEE Ocean Engineering Society pula telah memberi tajaan untuk menempah badge SaKTI kepada para peserta. Terima kasih diucapkan kepada para penaja.


Saluran SaKTI:

https://www.youtube.com/channel/UC7w-hAInegcZZccygu6gudw


AJK Pengelola:

Prof. Madya Dr. Siti Zarina Binti Mohd. Muji (FKEE)

Prof. Madya Dr. Alina Binti Shamsuddin (FPTP)

Prof. Madya Ts. Dr Azeanita Binti Suratkon (FKAAB)

Dr. Marlia Binti Morsin (FKEE)

Dr. Tasiransurini Binti Ab Rahman (FKEE)

Dr. Nor Hafizah Binti Ngajikin (FKEE)

Dr. Roziah Binti Aziz (FKEE)

Dr. Herdawatie Binti Abd. Kadir (FKEE)

Dr. Faridah Hanim Binti Mohd Noh (FTK)

Dr. Nor Shahida Binti Mohd Shah (FTK)

Dr. Wan Nurul Karimah Binti Wan Ahmad (FPTP)

Pn. Munirah Binti Ab Rahman (FKEE)

Pn. Nurulhuda Binti Ismail (FKEE)

Pn. Zarina Binti Tukiran (FKEE)


#FKEEUTHM

#growFKEE

#SaKTI

#SangLebah

#bersama_academia_uthm