Ingin berikan pandangan, cadangan atau aduan?
Anda juga boleh WhatsApp kami:
Di FKEE UTHM, kami menyediakan bimbingan dan kepakaran dimana pelajar boleh meneroka, meneraju, serta meraikan pandangan yang berbeza antara satu sama lain.
PROGRAM MUAFAKAT SANTAI ERAT IKATAN PENASIHAT AKADEMIK DAN PELAJAR
Oleh: Tasiransurini Binti Ab Rahman
Batu Pahat, 17 April 2026 – Di institusi pengajian tinggi, hubungan Penasihat Akademik & Kerjaya (PAK) dan pelajar adalah sangat penting untuk memastikan para pelajar berada di landasan yang betul dan diberi sokongan sewajarnya dalam mencapai kejayaan dalam pengajian mereka. Justeru, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah mengambil inisiatif menganjurkan “FKEE Muafakat Santai 1.0 (MS 1.0) 2026” bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM. Program ini merupakan program penjenamaan semula dengan menggabungkan program Jalinan Muafakat dan program Lepak Santai yang telah diadakan sebelum ini secara bergilir-gilir setiap tahun.
Program MS 1.0 secara spesifiknya bertujuan menyediakan waktu dan ruang yang kondusif kepada PAK untuk beramah mesra dengan para pelajar di bawah jagaan mereka, sebagai salah satu usaha merapatkan hubungan antara PAK dan pelajar. Program yang berjalan dengan sangat meriah ini bermula dengan aktiviti senamrobik, sesi makan pagi dan ramah-mesra bersama PAK dan pelajar, diikuti dengan beberapa acara sukaneka dan cabutan bertuah. Aktiviti fizikal sebegini bukan sahaja dapat menyihatkan badan dan meredakan tekanan, malah dapat mengalihkan seketika tumpuan pelajar daripada gajet atau media sosial serta memberi ruang kepada para pelajar untuk berinteraksi dan meluaskan jaringan kenalan bersama-sama para pelajar lain.
Turut diadakan adalah Anugerah Penasihat Akademik dan Kerjaya Cemerlang dan Anugerah Inspirasi Pelajar FKEE sebagai penghargaan kepada komitmen PAK dalam menjaga para pelajarnya dan juga penghargaan kepada pelajar-pelajar yang boleh menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain, dalam usaha menggalakkan amalan sahsiah baik. Menurut penaung program MS 1.0 merangkap Dekan FKEE, Prof. Ts. Dr. Asmarashid bin Ponniran, “FKEE sangat mementingkan hubungan baik di antara PAK dan pelajar kerana kami percaya, dengan hubungan yang baik, pengurusan pengajian pelajar akan menjadi bertambah lancar dan para pelajar tidak merasa bersendirian dalam perjalanan mereka menuntut ilmu. In sya Allah, para pelajar seronok belajar di FKEE kerana mereka merasa seperti berada bersama-sama keluarga sendiri di sini”.
Turut hadir dalam program ini ialah Prof. Madya Dr. Lukman Hanif bin Muhammad Audah, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa (TDAA) FKEE; Prof. Madya Ir. Dr. Nur Hanis Binti Muhamad Radzi, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TDHEPA) FKEE; Prof. Ir. Dr. Erwan bin Sulaiman, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Penerbitan (TDPP) FKEE, ketua-ketua jabatan, staf-staf pengurusan dan pentadbiran, serta para penolong jurutera FKEE.
Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana, Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM, PAK dan para pelajar FKEE serta semua pihak yang terlibat.
Semoga momentum ramah-mesra di antara PAK dan pelajar FKEE kekal terjalin bukan sahaja sepanjang pengajian pelajar, malah selepas pelajar selesai pengajian.
#FKEEUTHM
#HEPAFKEE
#KKEUTHM
#HEPAUTHM
#UTHMPrihatin
:: ANUGERAH KEJAYAAN PELAJAR ::
:: Misi HEPA: Profesional ::
:: Nilai: Kualiti ::
✨Sekalung tahniah diucapkan kepada 💐:
Nurin Atikah Binti Nor Azian (CE240042)
(Team Southern Region)
atas pencapaian:
Tempat ke-3 MyNext National Pulse Challenge
dan
Best Group Pitching & Most Viral MyNext National Pulse Challenge.
dalam:
MyNext Campus Ambassador Bootcamp 2025/2026.
anjuran:
Talent Corporation Malaysia Berhad.
bertempat di:
Petaling Jaya, Selangor.
Ikhlas daripada:
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••
HEPA FKEE UNITY
HEPA FKEE
FB : https://www.facebook.com/profile.php?id=61554906212416
IG : https://www.instagram.com/hepafkee/
KKE
FB : https://www.facebook.com/kke.fkee/
IG : https://www.instagram.com/kke.uthm/?hl=en
#FKEEuthm
#hepauthm
#hepafkee
#kkeuthm
Rekodkan anugerah dan penglibatan anda:
Maklumkan anugerah dan pencapaian anda kepada fakulti:
https://forms.office.com/r/kjXbr1gHc2
Perlukan bantuan makanan?
Anda pelajar FKEE berada di Parit Raja?
Are you an FKEE student staying in Parit Raja?
Perlukan bantuan makanan?
Need food aid?
Sila hubungi:
Prof. Madya Ir. Dr. Nur Hanis binti Mohammad Radzi di nurhanis@uthm.edu.my
Dapatkan khidmat kaunseling: https://cms.uthm.edu.my/